Pandangan politik Isu politik dalam pendidikan tinggi di Amerika Syarikat

Hasil kaji selidik sejak zaman 1970-an secara konsisten mendapati bahawa profesor berpendirian lebih liberal dan Demokrat daripada populasi am. [2] [3] [4] [5]

Sebuah Tinjauan Zogby pada tahun 2007 mendapati bahawa 58% rakyat Amerika melabel profesor-profesor di kolej yang berpendirian berat sebelah dalam politik sebagai satu "masalah yang serius" . Hal ini berbeza-beza mengikut pandangan mereka yang ditanya dari sudut politik. 91% daripada orang dewasa dengan pendirian yang "sangat konservatif" bersetuju dengan hasil tinjauan ini berbanding dengan 3% daripada rakyat yang berpandangan liberal. [6]

Satu kajian di seluruh negara yang dijalankan setiap tiga tahun oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi (HERI) UCLA mendapati bahawa sejak tahun1989 hingga tahun 2014 profesor yang berpendirian liberal atau haluan kiri meningkat dalam jumlah menumbangkan jumlah rakyat yang berpendirian konservatif atau dikenali sebagai haluan kanan. [7] [8] [9] Anjakan dari tahun 2014 ke tahun 2017 tidak berapa keterlaluan apabila dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, dengan angka berada pada kira-kira 60% liberal/haluan kiri, 28% bersahaja dan 12% konservatif/haluan kanan. [7] Berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam Academe, implikasi daripada memiliki lebih ramai profesor berpendirian liberal akan melahirkan lebih kecil jumlah pelajar yang konservatif berkemungkinan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lanjutan atau kedoktoran. [10] Menurut Stephen Hayward, apabila kurang profesor yang konservatif, ini menyebabkan lebih kecil jumlah pelajar yang konservatif dibimbing dan disokong untuk mendapatkan pendidikan peringkat siswazah, seterusnya mewujudkan kitaran "pengukuhan diri". [11]

Pada tahun 2012, pakar psikologi Universiti Tilburg Yoel Inbar dan Joris Lammers menjalankan tinjauan secara rambang tanpa mengetahui nama yang terdiri daripada 800 anggota Persatuan Personaliti dan Psikologi Sosial dan merumuskan bahawa 85% daripada responden telah melabel diri sebagai individu berpendirian liberal dan 6%melabel diri sebagai individu yang konservatif. Responden yang menganggap diri mereka sebagai seorang konservatif atau bersahaja secara jelas dilihat bahawa mereka kurang aktif untuk menyuarakan pendapat politik mereka kepada rakan sekerja kerana takut akan kesan negatif, dan berkemungkinan percaya bahawa rakan sekerja mereka akan mendiskriminasi mereka secara aktif berdasarkan kepercayaan politikmereka. [12]

Pada Januari 2015, sebauh kajian literatur besar yang ditulis bersama oleh pakar psikologi José L. Duarte, Jarret T. Crawford, Jonathan Haidt, Lee Jussim, Philip E. Tetlock dan pakar sosiologi Charlotta Stern mendapati: sebahagian besar kajian telah merangkumkan kurangnya kepelbagaian ideologi dalam psikologi akademik, seterusnya menunjukkan peningkatan drastik dalam nisbah profesor liberal berbanding konservatif atau Demokrat berbanding Republikan sejak tahun 1990-an, bahawa kesenjangan yang merosakkan kualiti penyelidikan psikologi, dan kurangnya kepelbagaian ideologi, dan penyebab utama adalah pemilihan sendiri dan permusuhan terhadap iklim dan diskriminasi. [13]Menurut data kajian daripada HERI, nisbah profesor universiti liberal-ke-konservatif telah meningkat daripada 2:1 pada 1995 kepada nisbah 5:1 secara kasar pada tahun 2014.

Pada September 2016, ia menggandakan dan memperluas kajian Inver dan Lammers yang dilakukan pada tahun 2012 oleh ahli psikologi Nathan Honeycutt dan Laura Freberg kepada 618 anggota fakulti daripada empat kampus Universiti Negeri California dan satu siasatan dijalankan yang mengesahkan bahawa suasana yang bermusuhan terhadap profesor konservatif dalam psikologi akademik telah dikenal pasti sebelum ini, tetapi mereka juga meluaskan tinjauan tersebut kepada 76 fakulti lain, termasuk fakulti pertanian, perniagaan, pendidikan, sastera dan kesusasteraan, kejuruteraan, dan sains, dan mendapati bahawa terdapat sebahagian besar profesor yang bersifat diskriminatif terhadap sarjana konservatif dalam setiap fakulti yang dikaji. [14]

Rujukan

WikiPedia: Isu politik dalam pendidikan tinggi di Amerika Syarikat http://washington.cbslocal.com/2012/10/25/study-co... http://hillsdalecollegian.com/2018/06/charlie-kirk... http://psyarxiv.com/e4xw3/ http://wilsonquarterly.com/stories/why-do-so-few-c... http://www.zogby.com/news/2007/07/10/zogby-poll-mo... http://www.rci.rutgers.edu/~jussim/Duarte%20et%20a... http://yoelinbar.net/papers/political_diversity.pd... http://www.aaup.org/article/rethinking-plight-cons... https://www.chronicle.com/article/5-Takeaways-From... https://www.foxnews.com/politics/trump-signs-execu...